suria

Bas Terbakar Hadapan Kompleks Kota Raya: Ibu Kota Sesak Teruk

KUALA LUMPUR: Sebuah bas intrakota yang berhenti di hadapan Kompleks Kota Raya berdekatan dengan Pudu di sini tiba-tiba terbakar sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk petang tadi.

Bagaimanapun, tidak ada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 3.20 petang itu.

Pemandu bas itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hamzah, 37, menyatakan rasa syukurnya kerana kebakaran itu yang dipercayai berpunca dari enjin bas tidak mencederakan sesiapa termasuk dirinya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, siasatan awal mendapati, ada kemungkinan kebakaran itu berpunca dari bahagian enjin bas.

Artikel Lain