suria

Zaid Tidak Akan Keluar PKR

KUALA KUBU BARU: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan keluar parti itu sekiranya tewas pada pilihan raya kecil Parlimen, Hulu Selangor 25 April ini.

“Saya bukan seorang yang mudah kecewa jadi kalau nak tahu apa respon dan hala tuju saya lepas ini kita tunggu keputusannya nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zaid juga bekas menteri mengakui bahawa persaingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan tetap akan berlangsung sengit.

"Saya akui persaingan satu lawan satu dengan BN masih sengit kerana kita (Pakatan Rakyat) lawan Umno-BN bukan MIC.

"Walaupun calon yang dipilih daripada MIC tetapi saya tetap lawan dengan BN, kalau MIC senang,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pusat media PKR di sini hari ini.

Semalam,dua calon Bebas, Johan Mat Diah dan VS Chandran menarik diri daripada persaingan empat penjuru pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Penarikan kedua-dua calon itu memberi peluang kepada saingan satu dua penjuru antara calon BN, Kamalanathan dan Zaid daripada PKR.

Mengulas lanjut Zaid berkata, penarikan diri dua calon Bebas berkenaan tidak akan memberi apa-apa kesan kepada PKR kerana beliau melihat ini persaingan antara PKR dan BN.

Jelasnya, sekiranya menang dalam pilihanraya kerusi Hulu Selangor, beliau akan menjadi "jambatan" antara rakyat dan juga kerajaan negeri.

"Jika saya menjadi wakil rakyat saya akan menjadi wakil kepada rakyat Hulu Selangor dengan kerajaan negeri supaya mereka tahu saya adalah orang yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

"Saya boleh menjadi wakil kepada peneroka felda begitu juga dengan orang asli kerana saya tahu mereka juga ingin meluahkan masalah terus kepada kerajaan.

"Jadi sekiranya saya menjadi wakil rakyat saya akan memikul tanggungjawab itu," katanya.

Artikel Lain