suria

Pegawai Kanan Pentadbiran Obama Lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Setiausaha Rendah Pertahanan Amerika Syarikat, Michele Flournoy kini berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bermula semalam.

Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, Malaysia adalah negara pertama yang disinggahinya dalam siri lawatan yang juga meliputi Singapura.

"Lawatan Flournoy adalah yang terkini dalam satu siri lawatan oleh pegawai peringkat tinggi dalam pentadbiran Obama ke Malaysia untuk membincangkan isu dua hala dan keselamatan serantau, dan mengukuhkan komitmen Amerika dalam kerjasama dengan Malaysia dan rantau ini," kata kenyataan itu.

Semasa lawatannnya, Flournoy dijadual menemui pegawai kanan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan keselamatan dua hala, serantau dan global.

Flournoy disahkan ke jawatan sekarang oleh Senat Amerika Syarikat pada 9 Feb tahun lepas, yang memerlukan beliau berkhidmat antara lain sebagai pensihat kepada Setiausaha Pertahanan dan Timbalan Setiausaha Pertahanan berhubung isu-isu termasuk penggubalan polisi keselamatan dan pertahanan Amerika Syarikat. - BERNAMA

Artikel Berikut

39 Kes Baru H1N1 Dikesan

Artikel Lain