suria

Honda Henti Pengeluaran Civic Type R Empat Pintu

Honda Civic Type R
Honda Civic Type R
Honda Civic Type R

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd berkata ia akan menghentikan jualan model Civic Type R empat pintu, susulan pengumuman daripada Honda Motor Co. Ltd Japan yang tidak akan meneruskan pengeluaran kereta tersebut.

Ketika ini Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang menjual Civic Type R empat pintu itu.

"Selepas menilai model tersebut berdasarkan kepada prestasi alam sekitar, yang merupakan kaedah baharu pengiraan pelepasan karbon dalam mod JC08, serta permintaan pasaran ketika ini, kami percaya sudah sampai masanya bagi kami untuk menghentikan pengeluaran model Civic Type R empat pintu," kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, Honda Malaysia menjual 234 unit Civic Type R empat pintu sejak Ogos 2007.

Buat masa sekarang ini, pengguna di Malaysia masih boleh membuat tempahan bagi model Civic Type R itu di mana-mana pengedar sah Honda, demikian menurut kenyataan tersebut. - BERNAMA

Artikel Berikut

39 Kes Baru H1N1 Dikesan

Artikel Lain