suria

Gempa Bumi Kuat Di Papua New Guinea

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah New Guinea Timur, 316km di utara Port Moresby, Papua New Guinea pukul 7.15 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, gempa bumi pada kedudukan 6.7 selatan dan 147.3 timur itu adalah kira-kira 3,457 km di tenggara Kunak, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - BERNAMA

Artikel Lain