Perkasa Sokong Pendirian Mufti Mengenai Jawatankuasa Antara Agama - Semasa | mStar

Perkasa Sokong Pendirian Mufti Mengenai Jawatankuasa Antara Agama

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menyambut baik keputusan sebulat suara Mufti yang mahu perkataan 'agama' dalam Jawatankuasa Khas Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama digantikan dengan 'kaum'.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan itu amat tepat bagi elak kekeliruan yang mungkin timbul kelak.

"Apa jua urusan yang menyentuh dan melibatkan Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh dan jelas dalam Perlembagaan," katanya kepada mStar Online menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. Ibrahim berkata, Perkasa berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan meminta pihak terbabit supaya jangan menyalahtafsirkannya.

Katanya, ini kerana Islam adalah agama wahyu dan tidak boleh dipersoal mengikut logik akal terutama yang berkaitan hukum yang jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

"Perkasa dengan rendah diri memohon kabinet menghormati pandangan mufti serta selari dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Ada cara-cara lain untuk mengatasi masalah yang timbul dengan syarat semua pihak menghormati keluhuran perlembagaan dan prinsip asas hormat-menghormati antara kaum," katanya.

Ibrahim turut meminta pihak berkenaan supaya menerima hakikat, 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

Beliau memberitahu negara ini telah melalui berbagai-bagai cabaran selama 52 tahun mencapai kemerdekaan.

Oleh itu, katanya, berbagai kaum rakyat manusia pasti dapat hidup aman dan damai untuk beberapa ratus tahun akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain