suria

MIC Tunggu Pengumuman Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: MIC hanya akan menunggu pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengenai calon daripada parti itu yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kita akan tunggu (pengumuman)," kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) parti di Ibu pejabat MIC di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Samy Vellu memberi amaran akan mengenakan tindakan tata tertib terhadap mana-mana anggota MIC yang cuba menghancurkan parti.

Muhyiddin akan mengumumkan calon BN bagi pilihan raya kecil itu di Bukit Sentosa kira-kira pukul 4 petang hari ini. -BERNAMA

Artikel Lain