suria

TPM Dijangka Umum Calon BN Pukul 4 Petang Esok

HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pukul 4 petang esok.

Pengumuman dijangka dibuat di Pusat Operasi BN di Seksyen 8, Bukit Sentosa di sini, demikian menurut jadual program Muhyiddin yang dihantar kepada Bernama oleh Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon parti itu.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan selepas kerusi tersebut kosong apabila penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini manakala pembuangan undi dijadualkan pada 25 April. - BERNAMA

Artikel Lain