PDRM Kenal Pasti 8 Kawasan Panas Bagi Pilihan Raya Hulu Selangor - Semasa | mStar

PDRM Kenal Pasti 8 Kawasan Panas Bagi Pilihan Raya Hulu Selangor

KUALA LUMPUR: Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor menempatkan balai bergerak di lapan 'kawasan panas' yang telah dikenal pasti sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita lebih awal lagi mengenal pasti kawasan-kawasan 'panas' yang mungkin kita boleh ambil tindakan proaktif supaya kehadiran pihak polis dapat mengawal keadaan sebelum berlaku apa-apa kekecohan.

"Kita juga sudah letakkan balai-balai bergerak dan kalau tak tepat kawasan itu kita boleh pindah ke kawasan lain untuk memastikan bahawa perjalanan semasa berkempen tidak mengganggu-gugat perjalanan masyarakat untuk melakukan aktiviti harian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi mengenai persiapan PDRM bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, PDRM telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu dengan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis telah dikenalpasti bagi memastikan perjalanan proses penamaan calon pada Sabtu ini berjalan dengan lancar.

"Saya tak boleh nyatakan bilangan keseluruhan anggota polis yang akan ditempatkan di Hulu Selangor sekarang, tetapi apa yang pasti bilangannya mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya itu berjalan dengan lancar," katanya.

Hishammuddin turut menasihati semua pihak terutamanya parti politik yang bertanding supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Terserahlah kepada jentera parti-parti yang nak menawarkan calon masa pilihan raya ini untuk beramah, bertanggungjawab dan mengizinkan proses demokrasi berjalan lancar selain membolehkan pengundi di Hulu Selangor dapat keluar mengundi dengan cara baik," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain