suria

Lagi Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat Didera

TAHAN... Lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai suspek kes dera sampai mati kanak-kanak perempuan Lee Swee Hui, 3, ditahan di rumahnya di Pangsapuri Bayu Taman Bukit Serdang, bagi membantu siasatan, pagi tadi. Suspek dipercayai bapa tiri mangsa. Lee mati jam 5 pagi tadi sebelum sempat dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan dipercayai akibat didera. - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia hari ini dipercayai akibat didera, kes ketiga seumpamanya dalam tempoh dua bulan lepas.

Lee Swee Hui yang dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan oleh seorang anggota keluarga pada 7.45 pagi, sebenar disahkan telahpun meninggal dunia hampir tiga jam sebelum itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Asisten Komisioner (ACP) Khaw Kok Chin berkata terdapat lebih 30 kesan lebam di badan dan kepala kanak-kanak itu disyaki kesan dera.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan seksual," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata lelaki berusia 27 tahun yang membawa Lee ke poliklinik itu diberkas bersama isterinya berusia 24 tahun tengah hari tadi di Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, dekat sini.

Khaw berkata kanak-kanak itu tinggal bersama pasangan berkenaan di rumah sewa di pangsapuri itu setelah dia dijaga lebih dua tahun oleh seorang pengasuh.

Seorang penghuni pangsapuri itu, Samsul Madi, 30, berkata beliau sering terdengar kanak-kanak menangis di waktu malam dan awal pagi.

"Boleh dikatakan setiap hari saya dengar kanak-kanak menangis dan suara perempuan marah-marah," katanya.

Pada 25 Februari lepas, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia selepas dipercayai didera di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali manakala seminggu selepas itu, K.Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia juga akibat didera di Kayu Ara, Damansara dekat sini. - BERNAMA

Artikel Lain