suria

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kerana Beri Rasuah RM10,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Selasa menahan seorang pengurus sebuah syarikat swasta yang dipercayai cuba memberi rasuah sebanyak RM10,000 kepada seorang pegawai Imigresen di Alor Setar.

SPRM dalam kenyataannya di sini berkata lelaki itu ditahan apabila cuba menawarkan wang berkenaan bagi tujuan melepaskan pendatang tanpa izin yang ditahan oleh Jabatan Imigresen negeri.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM.

Pada masa yang sama suruhanjaya itu menyeru penjawat awam agar melaporkan sebarang tawaran rasuah kepada agensi itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil. - BERNAMA

Artikel Lain