suria

Jenazah Robert Lau Selamat Disemadikan

PENGHORMATAN TERAKHIR... Mendiang Datuk Robert Lau Hui Choi dibawa berarak mengelilingi bandar Sibu sebelum upacara keagamaan diadakan di Gereja St. Mary sempena pengkebumian mediang di sini hari ini. Sepanjang perarakan itu, orang ramai berpeluang memberi penghormatan terakhir sebelum mendiang disemadikan di Nirvana Memorial Park Sibu. Mendiang dikenali sebagai tokoh yang berjaya mengubah Sibu daripada asalnya pekan mati kini menjadi sebuah bandar utama. Mendiang Datuk Robert Lau Hui Choi dibawa mengelilingi bandar Sibu ketika perarakan sempena upacara pengkebumian mediang di sini, hari ini. Mendiang disemadikan di Nirvana Memorial Park Sibu.-Foto BERNAMA.

SIBU: Di tengah-tengah suasana penuh kepiluan dan kesedihan yang amat sangat, Sibu hari ini dengan berat hati mengucapkan selamat jalan kepada seorang pemimpin yang berjaya mengubah bandar ini daripada pekan mati menjadi sebuah bandar yang sangat dikagumi.

Datuk Robert Lau Hoi Chew adalah tokoh yang terkenal dan masyhur itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan yang berusia 68 tahun dan Anggota Parlimen Sibu selama lima penggal itu meninggal dunia di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, setelah lama menghidap kanser hati.

Mayatnya dibawa dalam satu perarakan sepanjang jalan utama di bandar ini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum upacara keagamaan diadakan di Gereja St Mary. Lau dan isterinya kerap berkunjung ke gereja Roman Katolik ini untuk bersembahyang pada hari Ahad.

Gereja itu yang pada kebiasaannya menempatkan kira-kira 600 orang, penuh sesak pada 10 pagi dengan 1,000 orang termasuk Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, timbalannya Tan Sri Law Hieng Ding, dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin dan dua Menteri Muda iaitu Datuk Francis Holis Hardin serta Larry Sng.

Turut kelihatan ialah pemimpin korporat terkemuka Sarawak Tan Sri Tiong Hiew King daripada Rimbunan Hijau dan Datuk Henry Lau daripada kumpulan KTS.

Dalam syarahan ringkasnya, Biskop Dominic Su menggambarkan Lau sebagai "seorang sahabat yang hebat dan penyokong tegar misi Katolik" kerana kegigihan beliau dalam mengumpul dana.

Lau, kata beliau, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan semula banyak sekolah mubaligh dan Cina di bahagian ini, yang sejak beberapa tahun lepas, tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan.

Sebuah daripada sekolah berkenaan iaitu SMK St Elizabeth di Jalan Oya di sini, akhirnya mendapat dewan sekolah berharga RM7 juta pada 2007 yang dilengkapi sepenuhnya dengan alat penyaman udara selepas menunggu selama 105 tahun.

Lau menjadi penggerak utama dalam mendesak program pembangunan semula menyeluruh dengan kos RM10 juta yang menyaksikan pembinaan 28 bilik darjah baru untuk lebih 2,000 pelajar.

SMK Sacred Heart yang tidak jauh dari situ, mendapat manfaat daripada wawasan, ketabahan komitmen dan kepimpinan Lau.

Program pembangunan semula itu menyaksikan sekolah berkenaan, satu daripada sekolah terbaik di sini daripada segi pencapaian akademik, turut mendapat dewan sekolah berharga RM8 juta yang dilengkapi sepenuhnya dengan pendingin hawa.

Biskop itu berkata semasa beliau menziarahi Lau yang sedang sakit di Kuala Lumpur Isnin lepas, mendiang menyuarakan kebimbangan mengenai tugasnya yang belum selesai iaitu berhubung program pembangunan semula SRK St Mary dan SRK Hua Hin di sini.

Kedua-dua projek masing-masing dianggarkan membabitkan kos RM5 juta untuk pembinaan sahaja, katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian.

"Lau merupakan penggerak utama dalam pendidikan berkualiti untuk semua anak kita, tanpa mengira sama ada mereka beragama Kristian, Islam, Buddha dan sebagainya," katanya, sambil menambah pada masa ini, semua sekolah katolik di sini mempunyai sejumlah besar pelajar bukan Katolik.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, yang menyampaikan eulogi pada upacara pengebumian, menggambarkan sumbangan Lau kepada Sibu semasa menjadi Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (dari 1990 hingga 2004) sebagai amat penting dan belum pernah berlaku.

"Beliau akan sentiasa dikenang kerana mengubah bandar ini daripada pekan mati pada lewat 90-an menjadi sebuah bandar yang sangat indah sekarang," katanya.

Lau diiktiraf kerana mewujudkan lebih 15 taman komuniti dengan bantuan persatuan dan Badan Bukan Kerajaan setempat bagi memperindahkan bandar Sibu.

Sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, Lau tanpa mengenal penat dan lelah, berusaha memohon bantuan kerajaan Persekutuan agar lapangan terbang Sibu sekarang diperluaskan dengan kos kira-kira RM150 juta.

Sebelum itu, Lau turut mengusahakan supaya kemudahan tandas awam yang lebih baik disediakan di semua bandar dan pekan, dan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula, meminta supaya lebih banyak projek perumahan mampu milik dibangunkan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

ZAID YANG SAYA KENALI...

Artikel Berikut

Artikel Lain