Hulu Selangor: Calon BN Anak Tempatan - Muhyiddin - Semasa | mStar

Hulu Selangor: Calon BN Anak Tempatan - Muhyiddin

HULU SELANGOR: Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon anak tempatan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu telah menyenarai pendek nama calon yang akan dipilih, bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai bilangan calon BN yang telah disenaraipendek itu. "Kita ada beribu tokoh di Hulu Selangor, sekarang ini hampir-hampir nak senarai pendek. Dalam tempoh tiga hari lagi akan tahulah... siapa calon dari Hulu Selangor.

"Insya-Allah daripada orang tempatanlah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan pra-sekolah swasta Kementerian Pelajaran Malaysia di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, banyak faktor yang perlu diambilkira dalam soal menentukan calon termasuk latarbelakang, kelayakan dan boleh bekerjasama dengan pemimpin.

"Kita dengar banyak pandangan dan pendapat, akhirnya kita pilih calon terbaik yang boleh memastikan kemenangan kita.

"Kita di sini pun ada input daripada pelbagai sumber, jadi kita tahu apa kehendak pengundi di sini, yang mana yang rakyat mahukan," katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kira semua maklumat dan maklum balas yang diterima daripada penduduk Hulu Selangor sebelum memutuskan siapakah calon BN yang sesuai.

BN akan mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada Khamis ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel disebut-sebut sebagai calon tunggal yang dicalonkan oleh parti itu.

Namun terdapat beberapa nama lain yang turut menjadi perhatian kerana dikatakan mempunyai potensi diangkat sebagai calon.

Antaranya ialah Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor V. Mugilan dan Ketua Penerangan MIC pusat, P. Kamalanathan.

Kedua-dua anak muda ini merupakan anak tempatan Hulu Selangor.

Mugilan berasal dari Ladang Kerling sementara Kamalanathan pula dari Rawang.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain