suria

Dr Pornthip Tarik Diri : Nazri Nafi Kerajaan Campur Tangan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan wujudnya 'tekanan' daripada pihak kerajaan terhadap keputusan ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rajanasunand untuk menarik diri dalam inkues Teoh Beng Hock.

Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk menghalang penyertaan Dr Pornthip dalam prosiding inkues yang akan disambung semula pada 20 April ini.

"Kalau nak cakap pasal pegawai tertinggi kerajaan (halang), saya sepatutnya terlebih dahulu tahu kalau beliau dihalang, tapi tak pernah pun Peguam Negara datang jumpa saya mengatakan kita tak benarkan dia masuk.

"Kita semua tahu, kalau dia telah dibenarkan masuk kali pertama, apa perlu kita tahan dia untuk masuk kali kedua, malah tarikh itu ditunda untuk membolehkan dia datang juga," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan kerajaan Malaysia memberi 'tekanan politik' kepada ahli patologi dari Thailand itu.

Mohamed Nazri berkata, pihak yang membuat dakwaan berkenaan perlu menyatakan dengan jelas siapa 'pegawai tertinggi kerajaan' yang menghalang kemasukan Dr Pornthip ke negara ini.

"Siapa tekan? Sebut siapa dia? Datuk Seri Nazri? Atau siapapun kita nak tahu, kalau kita tahu (siapa) sebenarnya, mungkin kita dapat membantu dia, siapa jua boleh cakap saya dipaksa.

"Tapi siapa yang memaksa kita nak tahu, sebab tu saya kata dia menipu dan saya tak percaya bahawa kerajaan Malaysia, pegawai-pegawai kita menghalang dia daripada datang," katanya.

[BERITA LANJUT SELEPAS INI]

Artikel Sebelum

ZAID YANG SAYA KENALI...

Artikel Berikut

Artikel Lain