Tujuh Rumah Kedai Dua Tingkat Hangus Dalam Kebakaran - Semasa | mStar

Tujuh Rumah Kedai Dua Tingkat Hangus Dalam Kebakaran

SUNGAI PETANI: Tujuh buah rumah kedai dua tingkat di Pekan Bedong musnah dalam kejadian kebakaran pukul 9 malam tadi.

Tiga jentera Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Petani dan Guar Cempedak serta empat Unit Pasukan Bomba Sukarela dari Sungai Lalang, Bedong dan Gurun tiba di tempat kejadian bagi membantu memadam kebakaran.

Pegawai Operasi dari balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Petani yang ditemui di tempat kejadian, Anuar Zaini Zakaria berkata pihak bomba mengambil masa hampir sejam memadam kebakaran daripada merebak ke kawasan berdekatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Anuar, ketika kejadian berlaku semua pemilik premis yang terbakar sudah menutup perniagan mareka dan telah pulang kerumah.

Bangunan kedai yang terbakar menjalankan perniagaan menjual tayar, kedai runcit dan kedai menjual makanan.

Mangsa kebakaran yang ditemui enggan mengulas kejadian yang berlaku.

Punca kebakaran dan kerugian yang dialami pemilik premis sedang disiasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain