BN Bukan Parti Turun Padang Musim Pilihan Raya Sahaja - Semasa | mStar

BN Bukan Parti Turun Padang Musim Pilihan Raya Sahaja

KUALA LUMPUR: Masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor berkata bahawa Barisan nasional (BN) bukanlah parti yang hanya menemui penduduk pada musim pilihan raya tetapi sentiasa turun padang menyelesaikan pelbagai masalah penduduk tanpa mengira waktu.

Presiden Makkal Sakti R.S Thanenthiran berkata masyarakat di kawasan itu menyatakan mereka kecewa dengan mendakwa wakil PKR yang dipilih tidak melawat tempat itu dan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bukit Teratai, Sungai Choh, minggu lepas menemui masyarakat India, membawa keyakinan baru kepada penduduk India di kawasan Parlimen itu terhadap BN pada pilihan raya kecil tersebut.

Katanya beliau mendapat maklum balas positif itu berikutan lawatannya ke beberapa kawasan di Sungai Choh dan pertemuannya dengan kira-kira 400 penduduk, yang menyatakan hasrat mereka menyokong calon BN berikutan lawatan Perdana Menteri pada 3 April itu.

Ramai terharu apabila Najib turun padang menemui mereka dan ia memberi mereka keyakinan baru bahawa BN adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib masa depan mereka, katanya.

"Mereka ingin kembali menyokong BN. Yang hanya mereka mahu calon yang diletakkan nanti harus merupakan seorang muka baru daripada golongan muda serta sanggup berdamping dengan rakyat. Kami harap Perdana Menteri ambil maklum aspek ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kawasan Sungai Choh dianggarkan mempunyai kira-kira 1,400 pengundi India. Thanenthiran berkata masyarakat di Hulu Selangor menyatakan mereka sebenarnya tidak membenci BN sebaliknya mengundi calon PKR pada pilihan raya umum lepas untuk mengingatkan kepada parti pemerintah agar lebih peka kepada masalah mereka serta membuat pembaharuan demi kepentingan rakyat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada Sabtu ini dan pengundian pada 25 April. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain