300 Pakar Pemakanan Dihantar Ke Klinik Kerajaan - Semasa | mStar

300 Pakar Pemakanan Dihantar Ke Klinik Kerajaan

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat-peringkat bagi memberi kaunseling kepada masyarakat berhubung cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat sekaligus mengelakkan obesiti.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bagi tahun ini seramai 51 pakar pemakanan akan mula ditempatkan di klinik yang dikenalpasti dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat-peringkat.

"Ini juga sebagai langkah untuk menaik taraf klinik kerajaan, tidak ketinggalan juga klinik-klinik 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KlCC) di sini semalam.

Mcom yang dianggotai 13 anggota persatuan berperanan membantu kerajaan menangani masalah obesiti serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai cara gaya hidup yang sihat.

Beliau berkata inisiatif membekalkan pakar pemakanan di klinik-klinik terpilih daripada 802 klinik kerajaan di seluruh negara diharap dapat membendung peratusan masalah berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus pada tahun 2006 berbanding 10 tahun sebelum itu.

Liow berkata antara punca utama peningkatan ketara itu adalah disebabkan faktor makanan dan perubahan gaya hidup.

"Jika dahulu, orang makan dua kali sehari tapi sekarang orang makan sehingga lima kali sehari, dengan makan pada tengah malam di kedai-kedai mamak.

"Kanak-kanak hari ini juga tidak lagi bermain di luar tetapi hanya bermain 'playstation' di rumah, ia juga mendorong kepada faktor masalah itu dalam jangka masa panjang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).