suria

Warga Emas Disamun Di Kawasan Rumah

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas disamun di kawasan rumah jirannya di Taman Mastiara, Jinjang, kelmarin.

Mangsa hanya membuat laporan polis tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata Mary Rose Joseph, 63, baru pulang dari beriadah apabila beliau mendapati dua lelaki mencurigakan yang menaiki sebuah motosikal sedang mengekorinya kira-kira 7 pagi.

"Mengesyaki sesuatu, mangsa lantas memasuki kawasan rumah jirannya, tetapi salah seorang suspek yang bersenjata parang turut memanjat pintu pagar hadapan rumah itu dan memaksa mangsa menyerahkan rantai emas yang dipakainya," katanya.

Zakaria berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah jiran mangsa, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain