suria

TNB Lapor Kepada SKMM Mengenai Laporan Palsu

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai sebuah laman bolg yang masih menyiarkan laporan palsu kononnya TNB akan menyaman Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) berhubung kempen "Earth Hour".

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata walaupun pihaknya sudah menafikan laporan berkenaan sebelum ini namun artikel dari blog Nose4News bertajuk "TNB to sue WWF over earth hour" masih ditampilkan di ruang siber.

"Pihak TNB tidak pernah mengadakan sidang media dan mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dalam blog tersebut. Kenyataan itu adalah palsu dan rekaan penulis blog berkenaan," menurut kenyataan itu.

Menurutnya artikel tidak bertanggungjawab itu melaporkan perkara yang tidak benar, kerana TNB menyokong usaha kempen Earth Hour kerana ia dapat menyemai dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perlunya ada kesedaran mengenai perubahan iklim demi kepentingan generasi masa depan.

Sehubungan itu TNB berharap pihak SKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, manakala para pengguna internet pula diharap tidak mempercayai artikel itu atau turut sama menyebarnya, bagi mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain