suria

Jenazah Lau Tiba Di Sibu

SIBU: Jenazah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew tiba di Lapangan Terbang Sibu malam tadi dengan kira-kira 1,000 orang menunggu ketibaan jenazahnya.

Jenazah tiba dengan pesawat tentera kira-kira 10.50 malam. Lau yang juga Anggota Parlimen Bandar Sibu meninggal di rumahnya di Kuala Lumpur kira-kira 11.10 pagi semalam.

Turut menyambut jenazah mendiang ialah Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, Anggota Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King dan Dewan Undangan Negeri Nangka, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Yang turut menyambut ialah ahli-ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Jenazah mendiang dijangka dikebumikan esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain