suria

Wanita Maut Jatuh Bangunan

PULAU PINANG: Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan parkir Tenaga Nasional Berhad di Anson Road di sini hari ini.

Mangsa, Tan Chai Hoon, 21, yang memakai kemeja-T dan berseluar jean, ditemui berlumuran darah di belakang bangunan TNB kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang mengesahkan insiden itu berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana terjatuh dari tempat tinggi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain