Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia di kediamannya di sini pagi ini, setelah sekian lama menghidap barah.

Mendiang Lau berusia 68 tahun.

Setiausaha sulitnya, Peter Hu mengesahkan Lau, yang juga Anggota Parlimen Bandar Sibu, meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Mendiang meninggalkan seorang isteri Datin Janet Lau Ung Hie dan tiga anak.

Lau, yang berasal daripada keluarga perniagaan terkemuka di Sibu, dipilih sebagai anggota Parlimen pada 1990, mengekalkan kerusi yang sama selama lima penggal di bawah Barisan Nasional (BN).

Beliau bertanding di kerusi itu yang diperuntukkan untuk Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Naib Presiden SUPP itu dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mac 2004, portfolio yang dikekalkannya selepas pilihan raya umum pada 2008.

Bagaimanapun, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri pada April tahun lepas, Lau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam rombakan kecil Kabinet.

Lau pernah dikenali dengan panggilan "raja tandas", bagi usahanya untuk memastikan kebersihan di tandas awam di seluruh negara semasa berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Abang mendiang, Datuk Lau Hui Siong, ahli perniagaan terkemuka dan pengasas syarikat konglomerat KTS Group, yang terbabit dalam industri kayu dan media termasuk Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily, meninggal dunia pada Oktober 2004, juga akibat barah.

Pada pilihan raya umum lepas, Lau mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Sibu dengan majoriti 3,235 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Lim Chin Chuang (PKR) dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.

Kematian Lau akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-11 bakal diadakan di negara ini sejak pilihan raya umum pada Mac, 2008. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 KPI Perkasa Pentadbiran Agama

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain