Keputusan Ke Matrikulasi Diketahui Jumaat Depan - Semasa | mStar

Keputusan Ke Matrikulasi Diketahui Jumaat Depan

PUTRAJAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan untuk mengikuti program matrikulasi, boleh mengetahui keputusan permohonan mereka mulai 16 April ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini, semakan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my dan memasukkan nombor kad pengenalan serta angka giliran SPM pemohon.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOE><MAT><NO KP (pelajar) dan hantar ke talian 15888.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 juga boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja) untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 10 Mei dan surat tawaran serta maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej MARA berkenaan.

Kenyataan itu juga menyebut, pelajar yang layak dan telah memohon tetapi gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei melalui laman web, SMS serta talian bantuan Bahagian Matrikulasi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain