suria

Keputusan Chew Mei Fun Tidak Beri Kesan Pada MCA - Liow

KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan tidak akan memberi kesan negatif kepada parti, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya selepas pemilihan baru parti itu pada 28 Mac lalu, kini merupakan masa untuk semua anggota parti bersatu padu dan maju ke hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ahli dan pemimpin tahu kita perlu bersatu dan bergerak ke hadapan...memperkukuhkan parti dengan segera dan berkhidmat kepada rakyat," kata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, selepas dianugerahi Fellowship Kehormat oleh Kolej Pergigian Antarabangsa Malaysia (MICD) di sini malam tadi.

Liow berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas tindakan Chew melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan hari ini berikutan pemilihan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain