Jurukimpal Saman Polis Dakwa Dicederakan Ketika Direman - Semasa | mStar

Jurukimpal Saman Polis Dakwa Dicederakan Ketika Direman

KUALA LUMPUR: Seorang jurukimpal hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap seorang anggota polis dan kerajaan Malaysia kerana menyebabkan kecederaan parah kepadanya ketika dalam tahanan reman.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili Tong Ket Ming, 42, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Stella, Lim & Co.

Tong menamakan Fazrul Hadi Yamin, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia defendan kedua.

Notis saman itu bagaimanapun belum diserahkan kepada pihak defendan.

Dalam penyata tuntutannya, Tong mendakwa pada 9 Julai 2007, beliau telah ditahan secara kasar di rumahnya kerana disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata api pada 28 Jun, 2007 dan mendakwa dipukul semasa ditahan reman.

Tong menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan teladan, yang jumlahnya tidak dinyatakan.

Tong mendakwa beliau telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan merompak oleh Mahkamah Majistret di sini atas permohonan pihak pendakwaan pada 3 Februari lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain