suria

Kesatuan Pos Hargai Penstrukturan Gaji Kakitangan

KUALA LUMPUR: Badan Koordinasi Kesatuan-Kesatuan Dalam Pos Malaysia Bhd menghargai keputusan kerajaan untuk menstruktur semula gaji posmen dan kerani pos yang dilakukan tepat pada masanya selari dengan keperluan untuk menstruktur semula tarif bagi kos pengeposan domestik.

"Setelah 18 tahun, pengumuman untuk penstrukturam semula gaji bagi posmen dan kerani adalah amat tepat pada masanya bagi memastikan Pos Malaysia terus beroperasi dengan peningkatan dalam produktiviti dan efisiensi, khususnya dengan cabaran ekonomi yang dihadapi masa ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengumumkan kenaikan gaji 15,000 pekerja Pos Malaysia termasuk posmen dan keranai pos berkuat kuasa 1 Julai ini.

Badan tersebut turut mengalu-alukan pelan peralihan ekuiti yang dipegang oleh Khazanah Nasional dalam Pos Malaysia Bhd.

Suffian berkata, pihaknya menghargai usaha kerajaan dalam memastikan proses tersebut dijalankan secara telus serta mematuhi prinsip pemilikan korporat.

Proses penjualan strategik itu adalah sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mengumumkan Model Ekonomi Baru baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain