Jawatankuasa MCA Pertahan Pendirian Pemudanya Terhadap Perkasa - Semasa | mStar

Jawatankuasa MCA Pertahan Pendirian Pemudanya Terhadap Perkasa

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat MCA mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.

"MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai 'rasis' setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.