suria

Dewan Rakyat: Hak Rakyat Dapatkan Maklumat Terjamin, Heng

KUALA LUMPUR: Hak rakyat di negara ini untuk mendapatkan maklumat adalah terjamin, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie, berkata pelaksanaan Gagasan 1Malaysia yang lebih telus dan terbuka misalnya telah memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan selagi ia tidak menyalahi undang-undang yang telah digariskan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang Hak Untuk Mendapatkan Maklumat sebagai fokus ketujuh dalam Program Transformasi Kerajaan untuk menjamin kepentingan rakyat dan mengembalikan keyakinan terhadap kerajaan.

Menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai kebolehcapaian Internet termasuk oleh mereka di luar bandar dengan harga yang murah, Heng berkata kerajaan mengambil maklum perkara berkenaan.

"Sebenarnya kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat melalui capaian Internet. Usaha sedang dilakukan oleh kementerian ini untuk mengurangkan kadar (bayaran) Internet supaya ia setanding dan memenuhi keperluan rakyat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain