suria

Sekolah Terbakar Di Kuala Krai Terima Peralatan Batu

KUALA KRAI: Sekolah Kebangsaan Peria yang blok pentadbirannya terbakar dua hari lalu telah diberi peralatan baru, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Zahari Daud.

Bantuan yang diberikan berupa komputer, pencetak dan alat sukan.

Blok bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas semasa hujan lebat dan ribut petir.

"Ini sebagai langkah awal diambil oleh JPN sementara bantuan pemulihan sepenuhnya dilakukan oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan laporan kebakaran kepada Kementerian Pelajaran.

Zahari berkata, proses baik pulih bangunan akan dilakukan selepas ini. - BERNAMA

Artikel Lain