Rang Undang-Undang Persaingan 2010 Sekat Monopoli, Lindungi Pengguna - Semasa | mStar

Rang Undang-Undang Persaingan 2010 Sekat Monopoli, Lindungi Pengguna

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Persaingan 2010 yang bertujuan menyekat kuasa monopoli dan pakatan syarikat besar dalam menentukan harga barangan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu antara lain bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan melindungi proses persaingan, dan dengan itu melindungi kepentingan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang membentangkan rang undang-undang itu turut membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010, bagi menubuhkan satu Suruhanjaya yang bertanggungjawab menguatkuasa dan menyiasat sebarang pelanggaran Akta Persaingan.

Berdasarkan Rang Undang-Undang Persaingan 2010, syarikat-syarikat besar atau perusahaan dalam bidang yang sama dilarang membuat sebarang perjanjian di antara mereka yang mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

Mereka juga dilarang untuk menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain.

Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan mengikut akta itu boleh didenda lebih RM5 juta bagi kesalahan pertama dan RM10 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Jika bukan pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih RM1 juta atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak lebih RM2 juta atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Rais Lancar Buku Bergambar 'Pak Lah'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain