Speaker Terima Notis Rujuk Anwar - Semasa | mStar

Speaker Terima Notis Rujuk Anwar

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan beliau telah menerima notis bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurutnya, beliau menerima notis berkenaan pagi tadi dan bersetuju supaya usul berkenaan dimasukkan ke dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat pada 22 April ini.

"Untuk makluman ahli Dewan, saya telah menerima notis berkenaan dan saya pun telah bersetuju supaya usul itu dimasukkan ke dalam order paper," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tarikh tersebut juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi Parlimen ke-12.

Menurut Pandikar lagi, usul berkenaan dikemukakan di bawah peraturan mesyuarat 27(3).

Minggu lalu, Anwar (PKR-Permatang Pauh) dipanggil untuk memberi penjelasan ke dewan berhubung kenyataannya pada sidang berkenaan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel.

Penjelasan Pandikar itu sebagai menjawab pertanyaan Anwar berhubung sama ada pihaknya telah menerima notis berkenaan ataupun tidak.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata telah menyerahkan notis berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat.

Jika Anwar didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, beliau boleh dikenakan tindakan amaran atau digantung daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat.

Minggu lalu di Perlimen, Anwar menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan APCO Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.

Beliau menimbulkan isu APCO itu ketika memberi penerangan berikutan usul Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ditiru dari slogan "Satu Israel" yang beliau kaitkan dengan APCO Worldwide.

Syarikat berkenaan merupakan penasihat kepada kerajaan dalam bidang komunikasi negara secara menyeluruh.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain