Malaysia Sedia Geran US$5 Juta bagi Pendidikan Negara Mundur - Semasa | mStar

Malaysia Sedia Geran US$5 Juta bagi Pendidikan Negara Mundur

PARIS: Malaysia akan menyediakan kemudahan latihan guru melalui geran US$5 juta dalam usaha membantu negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang mundur mencapai matlamat pendidikan untuk semua menjelang 2015.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebahagian besar negara anggota mungkin tidak mampu mencapai sasaran itu kerana keupayaan mereka untuk meneruskan program pendidikan agak terbatas disebabkan masalah ekonomi dan kekurangan infrastruktur.

"Malaysia agak beruntung dan bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan negara yang perlu bantuan dalam bentuk latihan untuk bidang penguruan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berada di Paris bagi menghadiri mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Unesco, yang bermula hari ini di ibu pejabat Unesco di sini.

Beliau berkata, tawaran itu akan dibincang secara terperinci dengan Ketua Pengarah Unesco Irina Bokova dalam pertemuan mereka esok.

Tawaran berkenaan adalah susulan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung ke-35 Unesco di sini pada 6 Oktober tahun lepas, di mana beliau mengumumkan sumbangan Malaysia ke arah tujuan itu.

Program di bawah dana berkenaan akan dilaksanakan melalui perundingan dengan pejabat Serantau Unesco di Bangkok dan Jakarta, Jabatan Keutamaan Afrika dan Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia bagi Unesco di Kementerian Pendidikan.

Di bawah inisiatif tersebut, Malaysia akan menyediakan kemudahan latihan guru bagi peringkat pra perkhidmatan, dalam perkhidmatan, pentadbiran dan pengurusan sekolah, dan sejajar dengan itu, kira-kira 300 tempat akan disediakan setiap tahun di semua peringkat.

Muhyiddin yakin Malaysia dapat mencapai sasaran pendidikan untuk semua dalam tempoh lima tahun yang akan datang kerana tidak berdepan masalah yang dihadapi oleh negara membangun lain.

Katanya, peruntukan untuk pendidikan sentiasa besar dengan hampir 25 peratus belanjawan negara disediakan setiap tahun untuk tujuan itu di Malaysia.

Beliau berkata, antara agenda yang penting yang dibincangkan oleh Malaysia pada sesi Unesco kali ini ialah berkaitan dengan bidang pendidikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mafrel Tak Layak Pantau Pilihan Raya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain