suria

Kerani Jabatan Pelajaran Mengaku Tidak Bersalah 13 Kes Rasuah

PULAU PINANG: Seorang pembantu tadbir kewangan Jabatan Pelajaran negeri, Mohd Azhar Din, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 13 pertuduhan rasuah pada 2007.

Azhar,40, dituduh melakukan 13 kesalahan itu pada 3 Mei hingga 29 Ogos 2007 dengan membuat pembayaran pelbagai tuntutan petugas berjumlah RM23,713 untuk seorang wanita dikenali sebagai Surayah Sukiman dan wanita itu didapati tidak wujud dalam Jabatan Pelajaran negeri.

Antara tuntutan yang dibayar kepada Surayah termasuklah tuntutan perpindahan, kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan. Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Azhar diikat jamin RM26,000 dengan seorang pejamin, dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Penolong Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain