suria

Kelindan Maut Tercampak Dari Treler

KUALA LUMPUR: Seorang kelindan terbunuh setelah tercampak keluar dari treler yang dipandu adiknya dalam kemalangan di KM 430.4 Lebuhraya Utara-Selatan ke arah selatan malam tadi.

Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, Mohamad Khari Mohd Nor, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam kejadian pada 11.30 malam itu, treler yang dipandu adik mangsa, Mohamad Khairul Mohd Nor, 29, cuba mengelak ke kiri jalan selepas ternampak sesuatu melintas di hadapannya, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tindakan itu menyebabkan treler itu merempuh belakang sebuah lori manakala Mohamad Khari tercampak ke laluan kecemasan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kes lain, polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian langgar lari seorang penuntut Genting Inti Kolej, Yap Wai Hong, 20, berhampiran Terminal Putra Taman Melati pada 1 April lepas supaya tampil memberi keterangan.

Yap cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia pada 3 April lepas.

Katanya, saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis atau menelefon 012-7353162. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain