suria

Kanak-Kanak Lelaki Lima Tahun Maut Digilis Lori Bapa

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digilis lori yang dipandu bapanya di Jalan Kampung Melaka, Batu 10 di Tanjung Karang dekat Kuala Selangor malam ini.

Ketua Polis Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kanak-kanak malang tersebut maut akibat kecederaan parah di kepala selepas dilanggar di halaman rumahnya.

"Ketika kejadian itu, bapa mangsa, 39, yang sedang mengundur masuk lori ke halaman rumah tidak menyedari anaknya berlari ke arah bahagian belakang lori sebelum terlanggar kanak-kanak itu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar belakang sebelah kiri lori, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang ketika dibawa oleh bapanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mangsa merupakan anak keempat daripada lima beradik dan ketika kejadian ibu mangsa berada dalam rumah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain