suria

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya merampas 390 paket minyak masak dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran hari ini.

Pengarah Operasi APMM Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata, minyak masak seberat satu kilogram setiap paket itu dirampas dari dua buah jongkong yang dalam perjalanan ke Pulau Sebatik kira-kira 1 tengah hari.

"Setelah diperiksa, pengendali kedua-kedua jongkong berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berhubung minyak masak yang berada dalam bot itu dan tidak seorang pun yang mengaku minyak masak tersebut milik mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Amran berkata, ini merupakan rampasan keempat seumpamanya tahun ini dan jumlah keseluruhan minyak masak yang dirampas agensi itu setakat April ialah 1,274 paket. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain