suria

Perlumbaan F1 2010 Sangat Menarik - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan trofi kepada pelumba pasukan Red Bull Racing, Sebastian Vettel selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto BERNAMA.

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia edisi ke-12 yang berlangsung di Litar Sepang, semalam sangat menarik.

Beliau berkata perlumbaan yang membabitkan 12 pasukan itu telah berjalan dengan lancar dan sangat kompetitif.

"Saya sangat gembira kerana pemandu pasukan Mercedes GP Petronas F1 Team, Nico Rosberg telah berjaya menjadi pemenang di tempat ketiga sekaligus menaiki podium," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlumbaan terbabit petang semalam.

Najib berkata secara keseluruhan semuanya berjalan dengan baik dan lancar termasuk pembabitan Malaysia di dalam perlumbaan F1.

Beliau turut memuji pasukan pertama F1 dari Malaysia, Lotus Racing yang turut beraksi melalui dua pemandunya, Jarno Trulli (Itali) dan Heikki Kovalainen (Finland) dan menyifatkan persembahan pasukan itu buat masa ini "bagus namun memerlukan beberapa tahun untuk meningkat."

Perlumbaan F1 pada tahun ini membabitkan dua pasukan yang mempunyai kepentingan Malaysia iaitu Mercedes GP Petronas F1 Team yang Petronas sebagai rakan penaja pasukan dari Jerman itu, dan Lotus Racing, pasukan F1 pertama dari Malaysia yang turut pertama kali beraksi pada kejuaraan F1 tahun ini.

Edisi ke-12 pada tahun ini, dikuasai dua pelumba Red Bull Racing apabila Sebastian Vettel mencatatkan masa satu jam 33 minit 48.412 saat untuk muncul sebagai juara manakala rakan sepasukan Mark Webber di tempat kedua.

Sementara itu pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Mokhzani Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai penambahbaikan Litar Sepang yang perlu dilakukan setiap 10 tahun, berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan kepada pihaknya setahun yang lepas.

"Kita telah membelanjakan peruntukan terbabit sebanyak RM22 juta dan kini masih berbaki RM18 juta," katanya.

Mokhzani berkata beberapa kemudahan di litar terbabit akan dibaik pulih sebelum edisi ke-13 pada tahun depan terutamanya melibatkan bumbung bangunan paddock (utama) yang telah bocor.

Pada hari ini kehadiran peminat mencatatkan 97,864 orang, dan bagi Mokhzani "ini adalah kerana "kedua-dua pasukan yang mempunyai kepentingan Malaysia (Lotus Racing dan Mercedes GP Petronas F1 Team) serta kembalinya lagenda F1, Michael Schumacher telah memainkan peranan untuk menarik penonton." - BERNAMA

Artikel Lain