suria

MIC Yakin BN Akan Rampas Kembali Hulu Selangor

IPOH: MIC yakin Barisan Nasional (BN) akan merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr S. Subramaniam.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Persatuan Malaysia Hindu Archagar Sangam di sini hari ini, beliau berkata sebahagian besar daripada kira-kira 12,000 pengundi kaum India kini telah kembali menyokong BN selepas mereka mengalihkan sokongan pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Allahyarham mengalahkan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi pada pilihan raya umum 2008.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata penubuhan akademi itu akan mengurangkan keperluan membawa masuk sami dari India untuk berkhidmat di kuil-kuil Hindu seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain