suria

Jangan Ambil Mudah H1N1 Walaupun Belum Berlaku Gelombang Kedua - Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum mengalami gelombang kedua influenza A (H1N1) tetapi ia tidak bermakna masyarakat boleh mengambil mudah mengenai tahap penularannya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata individu yang mengalami demam, batuk atau selesema atau simptom H1N1 dinasihatkan segera mendapatkan rawatan dan orang ramai pula digalakkan mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung apabila berada di tempat awam.

"Perkembangan sekarang memang ada lagi kluster-kluster yang kecil...dia (H1N1) tak merebak kepada masyarakat dan keadaan memang terkawal.

"Saya nak tegaskan, ini bukan gelombang kedua H1N1 tapi tanda-tanda peningkatan itu memang ada dan kita ingin ingatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi wabak gelombang kedua," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sehingga Sabtu lepas, jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dilaporkan melibatkan 79 orang. - BERNAMA

Artikel Lain