suria

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Duta

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebuah kereta lain di arah bertentangan di Jalan Duta berhampiran susur keluar ke Damansara petang ini.

Mangsa yang berumur lingkungan 20-an dan berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan meninggal di tempat kemalangan sementara mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Dalam kejadian 4.30 petang itu, Proton Iswara yang dipandu mangsa beserta rakannya yang datang dari arah Kepong menuju Pusat Bandar, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar kereta Grand Livina yang datang dari arah bertentangan," kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning.

Rakan mangsa hanya cedera ringan sementara seorang lelaki dan wanita di dalam kereta Grand Livina tersebut turut cedera ringan. Abdullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Inspektor Nizam di talian 017-6689094. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain