suria

Calon BN Belum Ditentukan - Najib

KUALA KUBU BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor belum ditentukan.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, beliau akan berbincang dengan semua pihak sebelum memutuskan calon BN untuk pilihan raya 25 April itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan beliau ke sini hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Penamaan calon ditetapkan 17 April ini.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini mencadangkan supaya Timbalannya Datuk G. Palanivel mewakili BN untuk bertanding sekali lagi bagi kerusi itu.

Palanivel adalah Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain