suria

Penarik Kereta Didakwa Kurung Suri Rumah Dan Keluarganya

ALOR SETAR: Dua penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengurung seorang suri rumah dan keluarganya pada minggu lepas.

Mohd Fadzli Che Omar, 34, dan Mohd Kamaruzaman Yusof, 35, mengaku tidak bersalah mengurung Mardiana Mohamad, 31, dan tiga anggota keluarganya di Focal Park Sdn Bhd di Jalan Lencong Barat di sini antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, 24 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman membenarkan masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen. - BERNAMA

Artikel Lain