suria

Din Beramboi Masih Tidak Sedarkan Diri

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada DJ dan pelawak terkenal, Din Beramboi, Nil Aina Adibah malam tadi mengesahkan bahawa bapanya masih tidak sedarkan diri akibat virus denggi berdarah.

Awal malam tadi, terdapat berita mengatakan Din Beramboi berada dalam keadaan kritikal sehingga pihak hospital terpaksa memanggil ahli keluarganya dengan segera.

Bagaimanapun, Nil Aina ketika dihubungi mStar Online mengesahkan keadaan bapanya masih tidak berubah sepertimana siang tadi iaitu tidak sedarkan diri.

Aina memohon kepada semua orang yang mengenali bapanya supaya terus berdoa agar Din Beramboi pulih daripada sakit yang sedang dialaminya sekarang.

Untuk berita terdahulu sila rujuk seksyen HIBURAN mStar Online.

Artikel Lain