suria

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

IPOH: Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Lahat, Bukit Merah di sini hari ini.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 9.50 pagi semasa Chee It Hwa, 81, baru keluar dari satu simpang ke jalan utama.

Beliau berkata, Chee dirempuh oleh sebuah kereta yang datang dari arah Ipoh menghala ke Lahat, dan beliau mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Katanya, mayat Chee dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, dan polis sudah menahan pemandu kereta tersebut bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain