suria

Taman Lagenda Langkawi Dibuka Semula Esok

LANGKAWI: Taman Lagenda Langkawi di sini yang ditutup pada 2008 untuk kerja-kerja menaiktaraf akan dibuka semula kepada orang ramai mulai esok.

Pegawai perhubungan awam Lembaga Pembangunan Langkawi, Ramizi Hasan berkata, tidak ada bayaran masuk dikenakan sekali pun taman telah dinaiktaraf.

Projek menaiktaraf itu menelan belanja RM5 juta meliputi pemasangan lampu, pembinaan laluan pejalan kaki, pembinaan wakaf dan kolam, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Taman yang terletak di pekan Kuah itu mempunyai keluasan lebih 16 hektar terhasil daripada projek tebus guna laut dengan kos RM38 juta dan dirasmikan pada 1995 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad. - BERNAMA

Artikel Lain