suria

Gempa Bumi Kuat Di Kepulauan Andaman, India

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Kawasan Kepulauan Andaman, India pada 12.55 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, gempa bumi itu berpusat di latitud 13.51 utara dan longtitud 92.85 timur, kira-kira 751km barat laut Ranong, Thailand, dan 1,110km barat laut Langkawi.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh jabatan itu. - BERNAMA

Artikel Lain