suria

Disiplin Pelajar Terkawal Dengan Penyertaan Perhubungan Sekolah

PADANG BESAR: Masalah disiplin pelajar telah dapat dibendung dengan adanya pegawai perhubungan sekolah daripada kalangan anggota polis, kata Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Mohd Amin.

Beliau berkata, 150 pegawai dan anggota polis dilantik sebagai pegawai perhubungan sekolah di seluruh Perlis bagi membantu menangani masalah disiplin pelajar.

"Selain itu, penyertaan pelajar dalam badan beruniform di sekolah juga telah membantu mendisiplinkan pelajar," katanya pada sambutan ulang tahun ke-40 Pasukan Kor Kadet Polis di sini hari ini.

Pada majlis itu, 30 anggota kadet menerima kenaikan pangkat iaitu seorang sebagai sub inspektor, lima sebagai sarjan mejar dan 24 orang sebagai sarjan.

Mereka adalah antara 691 anggota kadet dari 22 sekolah menengah di seluruh Perlis yang hadir pada majlis sambutan itu. - BERNAMA

Artikel Lain