suria

Bom Lama Ditemui Di Sandakan

SANDAKAN: Sebiji bom lama yang dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan sebuah akademi belajar memandu di Jalan Kem Tentera dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, bom sepanjang kira-kira satu meter itu ditemui oleh seorang pemandu jentolak ketika sedang melakukan kerja mengorek parit.

"Bom itu akan dimusnahkan dalam masa terdekat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain