Polis Selamatkan Lima Remaja Filipina Daripada Diperdagangkan - Semasa | mStar

Polis Selamatkan Lima Remaja Filipina Daripada Diperdagangkan

TAWAU: Polis menyelamatkan lima remaja perempuan warga Filipina daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan memberkas dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, remaja berusia antara 14 hingga 20 tahun itu ditempatkan di rumah itu dengan kawalan ketat dipercayai untuk tujuan pekerjaan tidak bermoral.

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat daripada orang awam, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kelima-lima remaja itu kini ditempatkan di pusat perlindungan wanita di Kota Kinabalu.

"Ketiga-tiga suspek yang berusia 22 hingga 35 tahun itu akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi," katanya.

Ibrahim meminta orang awam terus memberikan kerjasama kepada polis dengan melaporkan sebarang kegiatan tidak bermoral di kawasan mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain