Najib Umum Kerangka MEB Hari Ini... - Semasa | mStar

Najib Umum Kerangka MEB Hari Ini...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2010 dan sekaligus mengumumkan kandungan kerangka Model Ekonomi Baru (MEB)yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Impak yang akan diberikan oleh MEB kepada masa depan ekonomi Malaysia sangat besar kerana ia adalah model ekonomi yang paling komprehensif sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan dan diadaptasikan sebagai dasar ekonomi negara.

MEB antara lain bertujuan untuk meningkatkan daya pendapatan rakyat Malaysia daripada kelas pertengahan kepada kelas berpendapatan tinggi.

Ia juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia daripada sebuah negara pengeluaran kepada sebuah negara berorientasikan perkhidmatan.

Kerangka MEB juga akan turut turut memberi penekanan kepada mengurangkan pergantungan rakyat kepada subsidi, menawarkan jaringan keselamatan yang lebih menyeluruh kepada rakyat, meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi rakyat dan memberikan definasi baru ke atas taraf kemiskinan rakyat dan langkah-langkah bagaimana mengatasinya.

MEB merupakan sebahagian daripada empat teras utama agenda pentadbiran Najib. Tiga lagi ialah Konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan; Pelan Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat Julai ini.

Tahun lepas, pada majlis yang sama juga Najib mengumumkan beberapa langkah liberalisasi ekonomi untuk menjadikan iklim pelaburan di Malaysia lebih kondusif dan menarik kepada para pelabur.

MEB dirangka dan diformulasikan oleh pasukan yang menganggotai Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan atau NEAC yang diketuai oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank dan juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Aziz. NEAC dibentuk pada 1 Jun tahun lalu.

Kerangka MEB yang diumumkan oleh Najib hari ini hanyalah fasa pertama daripada dua bahagian. Fasa kedua akan memberi penumpuan tentang bagaimanakah MEB akan dilaksanakan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk rakyat, pihak industri dan juga pakar-pakar ekonomi.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain